Perakuan Pemohon


  1. Saya mengesahkan semua maklumat dan dokumen (jika berkenaan) yang dikemukakan bagi permohonan ini adalah benar dan betul.
  2. Saya memahami bahawa adalah menjadi suatu kesalahan sekiranya saya memberikan apa-apa maklumat yang tidak benar atau tidak betul atau mengemukakan apa-apa dokumen palsu dan saya boleh dikenakan denda atau dipenjara atau kedua-duanya.
  3. Jika saya membatalkan pengeluaran i-Sinar, saya tidak layak untuk membuat permohonan pengeluaran i-Sinar baharu.
  4. Saya dengan ini memberi kebenaran kepada KWSP untuk:
    1. memproses maklumat termasuklah maklumat peribadi saya; dan
    2. menzahirkan apa-apa maklumat:
      1. kepada Kerajaan, pihak berkuasa kawal selia dan mana-mana agensi atau biro atau badan Kerajaan yang berkaitan; dan
      2. selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 atau mana-mana perundangan berhubung dengan perlindungan data peribadi yang berkuat kuasa.
  5. Saya memahami kelulusan pembatalan / kemas kini maklumat pengeluaran ini tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang ditentukan oleh KWSP.