Perakuan Pemohon


  1. Saya mengesahkan semua maklumat yang dikemukakan dan dokumen (jika berkenaan) bagi permohonan ini adalah benar dan betul.
  2. Saya mengesahkan bahawa permohonan ini adalah permohonan yang dibuat oleh saya sendiri sepertimana maklumat pengenalan diri yang telah didaftarkan oleh saya dengan KWSP.
  3. Saya memahami bahawa adalah menjadi suatu kesalahan sekiranya saya memberikan apa-apa maklumat yang tidak benar atau tidak betul atau mengemukakan apa-apa dokumen palsu dan saya boleh dikenakan denda atau dipenjara atau kedua-duanya.
  4. Saya memahami bahawa kelayakan amaun bayaran adalah tertakluk kepada tarikh permohonan saya diterima oleh KWSP dan baki simpanan di dalam Akaun 1 saya.
  5. Saya memahami bahawa apa-apa caruman atau wang yang dibayar ke dalam akaun saya selepas permohonan ini diluluskan akan dikreditkan oleh KWSP ke dalam Akaun 1 saya mengikut amaun yang dikeluarkan di bawah permohonan ini.
  6. Saya membenarkan KWSP mendapatkan maklumat yang berkaitan bagi maksud permohonan ini daripada mana-mana pihak yang berkenaan dan saya membenarkan pihak tersebut menzahirkan maklumat yang berkaitan kepada KWSP.
  7. Saya dengan ini memberi kebenaran kepada KWSP untuk:
    1. memproses maklumat termasuklah maklumat peribadi saya; dan
    2. menzahirkan apa-apa maklumat:
      1. kepada Kerajaan, pihak berkuasa kawal selia dan mana-mana agensi atau biro atau badan kerajaan yang berkaitan; dan
      2. selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 atau mana-mana perundangan berhubung dengan perlindungan data peribadi yang berkuat kuasa.
  8. Pekerja yang telah atau akan diberi taraf pekerja berpencen
    Saya memahami dan menyedari bahawa bayaran pengeluaran i-Sinar ini berkemungkinan termasuk amaun syer kerajaan yang boleh dituntut kembali oleh pihak kerajaan dan KWSP tidak akan bertanggungjawab ke atas amaun pengeluaran ini.
  9. Saya memahami bahawa kelulusan dan bayaran permohonan ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditentukan oleh KWSP.