i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.
Mulai 8 Mac 2021, kelayakan permohonan kemudahan i-Sinar akan ditambah baik iaitu:
Bagi memudahkan dan mempercepatkan urusan pemprosesan permohonan dan pembayaran i-Sinar, Ahli KWSP perlu memohon bermula 8 Mac 2021.
Amaun kelayakan i-Sinar adalah berdasarkan baki simpanan Akaun 1 Ahli seperti berikut:
Bayaran interim tidak lagi dibayar kerana permohonan akan diproses dengan kadar segera.
Tidak perlu, berdasarkan penambahbaikan i-Sinar tanpa kriteria, permohonan akan diproses berdasarkan kelayakan seperti di Soalan 3.
Tidak. Kriteria pengurangan pendapatan tidak lagi terpakai untuk permohonan i-Sinar tanpa kriteria ini.
Tidak. Anda tidak perlu membuat permohonan semula kerana permohonan tersebut akan diproses berdasarkan kelayakan di Soalan 3.
Tidak. Anda tidak lagi perlu untuk mengemukakan dokumen sokongan kerana permohonan tersebut akan diproses berdasarkan kelayakan di Soalan 3.
Anda boleh menyemak status permohonan i-Sinar anda;
Anda boleh menyemak status permohonan dan jangkaan tarikh bayaran akan diterima dengan melayari portal i-Sinar Online dari semasa ke semasa. Bayaran akan dibuat mengikut kaedah bayaran yang anda pilih semasa membuat permohonan iaitu;
Tarikh akhir anda boleh memohon i-Sinar adalah pada 30 Jun 2021.
Anda boleh menyemak baki simpanan Akaun 1 secara online melalui aplikasi atau portal i-Akaun atau cawangan atau kios KWSP yang terdekat.
Anda tidak perlu membayar semula. Semua caruman baharu akan dimasukkan sepenuhnya ke dalam Akaun 1 sehingga mencukupi amaun i-Sinar yang dikeluarkan. Setelah itu, caruman anda akan kembali seperti biasa (70% ke dalam Akaun 1 dan 30% ke dalam Akaun 2).
Boleh. Anda yang sedang menerima bayaran bulanan Pengeluaran i-Lestari juga boleh memohon i-Sinar.
Sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 – 8922 4848.
Boleh. Anda boleh membatalkan pengeluaran i-Sinar sekiranya permohonan tersebut telah diluluskan.
Tidak Boleh. Anda tidak boleh memohon semula sekiranya telah membuat pembatalan pengeluaran i-Sinar.
Setelah pembatalan i-Sinar diluluskan, tiada bayaran seterusnya akan dibuat. Kesan pembatalan pengeluaran i-Sinar adalah bayaran seterusnya akan dihentikan.
Pengeluaran i-Sinar boleh dibatalkan melalui fungsi ‘PEMBATALAN PENGELUARAN’ di i-Sinar online.
Anda boleh memohon untuk meminda amaun pengeluaran i-Sinar sekiranya permohonan anda telah diluluskan tertakluk kepada:
Proses kelulusan satu-satu pindaan adalah dalam tempoh LIMA (5) hari bekerja. Ia akan berkuatkuasa untuk bayaran pengeluaran seterusnya mengikut jadual bayaran yang baharu
Perbezaan amaun yang dipinda akan dibahagikan secara sama rata berdasarkan baki bilangan bayaran pengeluaran.
Pindaan amaun pengeluaran i-Sinar boleh dimohon melalui fungsi ‘PINDAAN PENGELUARAN - Amaun Dimohon’ di i-Sinar online.
Anda boleh meminda butiran maklumat pengeluaran i-Sinar seperti berikut:
Tarikh akhir permohonan i-Sinar adalah pada 30 Jun 2021
Bagaimanapun, tarikh akhir Ahli boleh membuat permohonan pindaan maklumat pengeluaran dan pembatalan i-Sinar adalah sebelum 31 Disember 2021
Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS) berpandangan ahli KWSP beragama Islam yang membuat pengeluaran kemudahan i-Sinar bagi tujuan perbelanjaan keperluan asas (hajah asliyah) seperti tempat tinggal, makan dan minum, kesihatan, pendidikan dan pengangkutan atau membayar hutang, tidak diwajibkan membayar zakat ke atas pengeluaran yang dibuat.
Namun begitu, ahli KWSP beragama Islam dinasihatkan untuk menunaikan kewajipan membayar zakat ke atas semua pengeluaran simpanan KWSP (termasuk i-Sinar) yang telah sempurna milik sekiranya tidak digunakan bagi tujuan perbelanjaan keperluan asas diri sendiri serta tanggungan ataupun membayar hutang dan mencapai nisab.
Memandangkan pandemik COVID-19 ini telah menyebabkan ketidaktentuan ekonomi dan tahap kesukaran yang terpaksa dihadapi oleh ahli boleh berubah dari masa ke masa, JKPS berpandangan adalah wajar untuk ahli KWSP menunggu sehingga haul sebelum membayar zakat.
Ahli juga dinasihatkan untuk merujuk pihak berkuasa zakat negeri berhubung pembayaran zakat simpanan KWSP.
Nota:
Contoh 1: Ahli kehilangan pekerjaan sejak bermula pandemik COVID-19 yang menjejaskan perbelanjaan keperluan asas dan hutang sebanyak RM36,000.
Contoh 2: Ahli mengalami pengurangan pendapatan yang menjejaskan perbelanjaan keperluan asas sebanyak RM1,000 sebulan (RM12,000 setahun).
Nota:
* Contoh: Haul zakat dari bulan Ramadhan 1441H (April 2020) – Sya’ban 1442H (Mac 2021).
** Nisab Wilayah Persekutuan tahun 2021: RM20,299 (ahli perlu merujuk kadar nisab yang ditentukan oleh pihak berkuasa zakat di negeri masing-masing).